
Dalam sejarah ketamadunan Islam, peranan ulama adalah sangat besar dalam mencari dan menyemarakkan ilmu. dalam serba kepayahan ulama silam sentiasa bergerak ke arah menyelongkar, mengkaji dan mentafsir setiap kejadian alam dan makhluknya.
Penjanaan minda ulama terdahulu bukan untuk umat Islam sahaja malah untuk seluruh umat manusia di mayapada ini. Ilmu dan kajian ulama Islam silam diakui malah ditiru oleh pihak barat untuk digunakan bagi kepentingan dan faedah bangsa mereka.
Malangnya ulama mutakhir termasuk kita semua sebagai penganut agama Allah hanya sekadar berbangga dengan kejayaan ulama Islam masa lalu tetapi kita sendiri tidak menyumbang apa-apa untuk kesinambungan kemajuan dan tamadun Islam.
Umat Islam kini diperlekeh dan dihina oleh pihak barat kerana sikap lalai dan mementingkan dunia daripada membina dan menyemarakkan semula maruah Islam dikacamata dunia.
Dalam surah al Baqarah, ayat 269, Allah berfirman; bermaksud; "Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikiran).
Demikian sebahagian petikan daripada buku ULAMA MEMBINA TAMADUN MANUSIA, susunan Wahba dan Hafiz Hamzah. Buku ini menceritakan perjuangan dan pencarian ilmu ulama Islam masa lalu yang menempuh berbagai kesusahan dan kepayahan dalam membina tamadun manusia.
Terdapat 28 ulama termasyhur yang dipaparkan riwayat perjuangannya antaranya Al Biruni, Al Hallaj, Al farabi, Ibnu Haytsam, hassan al bana,Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Rushd, Tuk Kenali, Tuk Ku Tuan Besar, Tuk Pulau Manis dan ramai lagi.
Harga buku RM15.00 diskaun 10 %, boleh buat pesanan kepada WJ Publishing Consultant.
No comments:
Post a Comment