Saturday, January 26, 2008

MAIDAM ANJUR SAYEMBARA NOVEL

SAYEMBARA LAGI! PITIS ORANG TENGGANU!
JANGAN LEPASKAN PELUANG


Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan kerjasama DBP Wilayah Timur menganjurkan sayembara novel dengan menawarkan hadiah utama bernilai RM7,000.00 dan dua hadiah penghargaan bernilai RM3,000.00 setiap satu.

Tema novel mestilah berteraskan Islam dalam skop yang luas serta berlatarbelakangkan sejarah dan perkembangan ketamadunan negeri Terengganu Darul Iman. Novel mestilah asli, bukan terjemahan,saduran, penyesuaian atau apa sahaja pengertian yang boleh menyebabkan novel itu bukan karangan asli.

Sayembara ini terbuka kepada semua pengarang yang beragama Islam warganegara Malaysia kecuali AJK Penyelenggara Sayembara serta ahli-ahli panel penilai. Panjang pendek novel tidak dihadkan, ditulis berlangkau sebaris dan pada sebelah halaman kertas sahaja. Nama dan alamat pengarang tidak boleh ditaip pada naskah novel.

Tarikh tutup sayembara ini pada 31 Ogos 2008. Keterangan lanjut sila layari web Maidam: www.maidm.gov.my

No comments: