Saturday, January 19, 2008

KASIH TERLERAI (sebuah novel)

Bagaimana nasibnya selepas ketiadaan Salim. Dia bekerja dan dilantik sebagai Pengarah Urusan di syarikat milik Salim itu adalah atas kehendak Salim sendiri dan kini Salim sudah tiada.

Dia kehilangan Kamal dan anak kesayangan.Kini dia kehilangan Salim pula. Dia berasakan dunia ini bukan lagi untuknya. Dia tidak lalu makan dan tidak lena tidur.

Sepanjang hari dia mengikuti siaran CNN untuk mengetahui perkembangan mengenai tragedi tsunami yang melanda beberapa buah negara di Asia termasuk Selatan Thailand. Dia berdoa semoga Salim selamat dari tragedi ngeri itu tetapi kata kawan Salim di Phuket, Salim hilang dihanyutkan ombak ganas yang melanda hotel di pantai peranginan itu.

Dia menjerit dan meratap tetapi dia tidak boleh mengubah takdir. Takdirnya sendiri kini belum pasti.
Demikian sedutan dari novel Kasih Terlerai karya Wahba harga RM15.00. Pesanan boleh dibuat kepada WJ Publishing Consultant, 20 Jalan 56 Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur. Diskaun 10 % kepada setiap pesanan.

No comments: