MANUSIA MUDAH LUPA
Manusia kadangkala lupa akhirat bila hidup senang di dunia. Manusia yang lupakan akhirat akan hidup sengsara di kemudian hari nanti. Sebaik-baiknya manusia perlu mengetahui apa yang penting dan apa yang perlu didahulukan.
Lukman a.s pernah berkata; "Siapa yang menjual dunianya kerana akhirat,nescaya dia akan untung keduanya sekaligus, dan siapa yang menjual akhirat kerana dunia, nescaya dia akan rugi keduanya sekaligus."
Sebagai orang beriman, kita mesti mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Kehidupan dunia hanya sementara dan kehidupan akhirat akan kekal abadi. Jika akhirat yang menjadi pilihan maka sudah pasti dunia akan datang dengan sendirinya dan kita akan untung kedua-duanya. Jika dunia yang kita kejar dan menjadi matlamat utama hidup kita seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya dan mengabaikan kehidupan akhirat maka kita akan kerugian kedua-duanya sekali. di sinilah perlunya kebijaksanaan kita dalam memilih dan menentukan matlamat hidup kita.
Sabda Rasulullah S.a.w, maksudnya; "Sesungguhnya dunia dan akhirat kedua-duanya menuntut dan dituntut. Penuntut akhirat akan dituntut oleh dunia sehingga dipenuhi segala rezekinya. Sedangkan penuntut dunia akan dituntut oleh akhirat sehingga maut mencekik tengkoraknya."
Ikuti kupasan lanjut mengenai dunia dan akhirat dalam buku berjudul "Cinta Dunia Sengsara Akhirat" susunan Rahman dan Aisyah. Buku yang mengupas berbagai persoalan mengenai kehidupan di dunia dan akhirat ini perlu dibaca oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Harganya cuma RM9.00

No comments:
Post a Comment