Monday, January 21, 2008

PERANG SALIB


DALANG PERANG SALIB

Menurut catatan sejarah barat, sentimen perang salib yang mengakibatkan banyak penderitaan dan kemusnahan itu mula tercetus di Clermont, Perancis pada bulan November 1095.

Orang yang dipercayai bertanggungjawab mencetuskannya ialah pope urban 11, ketua besar penganut agama kristian dalam persidangan ketua-ketua agama mereka di situ.

Dalam ucapannya ketika merasmikan persidangan itu, pope urban 11 telah berucap dengan penuh emosi mengenai tindakan kejam yang kononnya dilakukan oleh orang-orang bersenjata terhadap penganut kristian yang hendak mengerjakan haji ke tanah suci di jerusalem.

Beliau juga menyebut tentang gereja dan tempat-tempat ibadat penganut kristian yang kononnya telah dibakar dan dibinasakan oleh orang-orang Islam.

Beliau berjaya membangkitkan kemarahan ketua-ketua agama penganut kristian yang hadir dan menggesa bersama-sama mengangkat senjata bagi menentang dan membebaskan wilayah suci mereka dari tangan orang Islam Turki yang menguasainya sejak 1071.

Pope itu mendakwa bahawa pihak berkuasa Turki zalim dan menindas penganut-penganut kristian yang tinggal di Palestin. Akibat dari persidangan itu maka terjadilah apa yang dinamakan perang salib antara penganut agama islam dan kristian.

Baca kisah selanjutnya dalam buku "PERANG SALIB" yang juga menceritakan bagaimana pahlawan Islam Salahuddin al Ayubbi menyelamatkan maruah umat Islam dari tangan golongan kufra. Buku ini ditulis oleh Mustaffa Suhaimi berharga RM7.00

No comments: