Monday, January 28, 2008

BERITA BUKU & PENGARANG






KARYA PENULIS SELANGOR/WP

A. Pengarang yang juga seorang pendakwah terkemuka, Sabda S atau nama sebenarnya sujaidi Dasuki baru-baru ini berjaya menghasilkan dua buah buku berjudul;

i) Gaya Hidup Dakwah Bertebaran Seluruh Alam, terbitan Jamiyah Selangor dan Wilayah Persekutuan. (tiada catatan harga)
ii) Melestarikan Keluarga Bahagia, terbitan Jamiyah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Harga RM15.00.
Pesanan boleh dibuat kepada; Haji Sujaidi Dasuki, Lot 1317, Jalan Gajah 3, Kg. Kubu Gajah, 47000, Sungai Buloh Selangor.

KARYA PENULIS TERENGGANU.

B. Seorang penulis dari Terengganu, Ab.Taib Anuar Abdullah telah menunjukkan bakat besarnya dalam bidang penulisan novel selepas berjaya menghasilkan sebuah novel bertajuk "Datukku Seorang Nakhoda". Novel ini berdasarkan pengalaman benar datuknya yang pernah menjadi nakhoda kapal membawa barang dagangan sehingga ke merata kepulauan di nusantara. Tema novel ini jarang diterokai oleh penulis masakini. Membacanya mungkin memperolehi pengalaman baru dalam dunia kehidupan para kelasi kapal besar.
Harga tidak dicatat.
Buku ini boleh dipesan kepada PWSA Management Sdn Bhd. Tingkat 4, Wisma Sri Amar, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu; Tel:09-6231016 Faks: 09-6241403


KARYA PENULIS KELANTAN

c. Penyair tersohor dari Kelantan, Leo A.W.S. baru-baru ini berjaya menghasilkan sebuah antologi puisi & esei yang diberi tajuk Nazam Plumeria Acuminata, terbitan Pustaka Dewan Puisi. Buku ini mengandungi esei-esei sekitar dunia sastera dan penulisan dan sajak-sajak karya Leo.
Buku boleh dipesan kepada; Pustaka Dewan Puisi, Lot 1771, Kg. Atas Pengget, Dewan beta, 15100 Kota Bharu Kelantan darul Naim.

(Catatan: Para penulis dan pengarang tanah air boleh mengirim karya mereka untuk diterbitkan di ruangan ini untuk pengetahuan para pembaca dan rakan-rakan penulis semua. Kirimkan kepada Wahba, 20 Jln 56 Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur).

No comments: