Monday, January 21, 2008

BERSUCI




JIMAT MENGGUNAKAN AIR




Sebahagian daripada kita boros atau berlebihan ketika menggunakan air untuk mandi atau mengambil wudhuk. Dia membuka paip selebar-lebarnya dan membiarkan air mengalir dengan banyak dan membazir.

Perbuatan seperti ini merupakan tindakan pembaziran dan pembaziran itu adalah sesuatu yang dilarang oleh Allah Swt; dalam firmanNya bermaksud: "Janganlah kamu menghambur-hamburkan(hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara setan dan setan itu adalah ingkar kepada Tuhannya." (surah al Israa,ayat 26-27).

Tindakan pemborosan menyalahi sunah Rasulullah, sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. dengan berkata: "Rasulullah mandi dengan satu sha'hingga lima mudd air dan berwudhuk dengan satu mudd."

Menghuraikan hadis ini. Sheikhul Islam berkata; "Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi s.a.w.dan para sahabat beliau tidak berlebihan dalam menuang/menggunakan air. Begitu juga yang dilakukan oleh orang-orang yang mengikutinya dengan baik."

Imam Ahmad berkata; "Salah satu tanda fahamnya seseorang (mengenai agama) adalah sedikit dalam penggunaan air.

Al Marwaazi pula berkata: "Imam Ahmad berwudhuk dan air yang ia gunakan hampir tidak membasahi bumi."

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan dinyatakan sahih oleh al Albani dari Abdullah bin Mughaffal r.a. berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda; sesungguhnya akan ada pada umat ini suatu kaum yang berlebihan dalam bersuci dan berdoa."

Ikuti perbahasan lanjut mengenai bab bersuci dalam Islam melalui buku yang tajuknya "BERSUCI" ditulis oleh Yahya Nuryadi. Buku-buku ini mengupas secara terpeinci bab-bab yang berkaitan dengan masalah bersuci termasuk mandi haid/nifas, mandi junub,wudhuk/tayamum dan lain-lain. Harganya cuma RM8.00. Pesanan melalui blog ini diberi diskaun 10 %

No comments: