
MEMILIH NAMA UNTUK ANAK TERSAYANG
Hari ini banyak orang Islam memilih nama ikut trend terkini bagi cahaya mata yang baru lahir kerana nama-nama seperti Abdullah, Mariam dan lain-lain dianggap lapuk dan ketinggalan zaman. nama yang dipilih kalau baik maknanya tidak mengapa tetapi kadangkala tidak membawa sebarang maksud dan kadangkala membawa pengertian yang buruk.
Pada zaman jahiliah banyak orang Arab menamakan anak mereka dengan nama Abdul Uzza kerana "Uzza " itu nama berhala yang mereka sembah. Maka orang yang bernama seperti itu adalah hamba kepada berhala Uzza.
Selepas orang-orang Arab memeluk Islam nama anak-anak mereka sudah berubah dan mengandungi ciri-ciri ke Islaman seperti Abdul Rahman, Abdul Rahim dan sebagainya.
Ada juga orang bukan Arab yang tidak mengetahui makna abdul yang bererti hamba, maka mereka menamakan anak yang baru lahir dengan nama Abdul Watan atau Abdul Batan. Watan ertinya tanah air, lalu Abdul Watan bermakna hamba tanahair dan Abdul batan pula bermakna hamba perut. Pada hal orang Islam tidak boleh menjadi hamba kepada sebarang makhluk selain dari hamba kepada Allah.
Ada orang pernah menamakan anaknya Umar Zani, mungkin kerana sebutannya sedap di dengar tetapi Umar zani itu bermakna Umar yang berzina. Mungkin lebih baik jika anak itu dinamakan Umar Zaini yang membawa maksud Umar Perhiasanku.
Ramai ibu bapa di kampung suka menamakan anaknya dengan nama tradisi yang popular walaupun tidak membawa sebarang makna sepeti Dolmat, Bedul, Madon, Cekdol atau Az. Nama-nama itu mungkin lebih baik daripada nama Zailani (ekorku), Zulkarnain (yang punya dua tanduk), Ajali (ajalku) atau Duburi (pintu najisku).
Mungkin ada orang menyangka anaknya baik diberi nama malaikat, lalu dia memilih Izrail, sehingga kawan-kawannya takut mendekatinya kerana izrail ialah malaikat yang mencabut nyawa.
Pilihlah nama anak yang membawa maksud baik yang sesuai untuk dunia dan akhirat. Buku ini menyenaraikan nama-nama anak yang mempunyai makna yang baik bagi panduan bakal-bakal ibubapa yang akan mendapat cahaya mata. Harganya RM8.00, diskaun 10 %.
No comments:
Post a Comment