Thursday, January 24, 2008

KEMPEN MEMBACA


Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen membaca dengan visi "Ilmu Membangun Tamadun".

Objekif kempen tersebut ialah;

1. Menanam budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir dan kreatif.
2. Memperkembangkan industri penerbitan buku.

Kempen Membaca Kebangsaan merupakan agenda tahunan dengan pelbagai aktiviti dirangka dan dilaksanakan di seluruh negara. Kemuncak kempen adalah sambutan Bulan Membaca Kebangsaan yang diadakan selama sebulan dengan pelbagai aktivit dirangka dan dilaksanakan sama ada di Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Awam Negeri serta perpustakaan gunasama dan akademik di seluruh negara.

No comments: