Sunday, January 13, 2008

KHUSUK DALAM SOLAT

1.
Solat adalah ibadah utama yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. atas setiap orang mukmin yang mukalaf. Tidak ada keraguan sama sekali mengenai hukum ini.

Memang ramai orang mukmin-mukalaf telah dapat menunaikan solat menurut kaedah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadisnya yang sahih. Tetapi mungkin ada di antara mereka yang menunaikan solat itu masih kurang berjaya mencapai ganjarannya 100 peratus kerana beberapa sebab. Tidak khusuk dalam solat adalah antara sebab-sebabnya.
Khusuk adalah jiwa solat. Malangnya khusuk tidak mudah dicapai oleh setiap orang.

Mungkin ramai orang mukmin insaf dan mengaku bahawa fikiran dan perasaan mereka sering terganggu atau menerawang jauh pada saat lidah mereka membaca fatihah atau zikir dalam solat.

Mereka sering memikirkan hal ehwal hidup harian pada saat mereka sedang rukuk atau sujud.Seorang mukmin perlu menumpukan fikiran dan perasaan sepenuhnya kepada ayat-ayat yang dibaca untuk mencapai khusuk dalam solat. Jika tidak, solatnya mungkin cacat atau sia-sia.

2.
Allah menegaskan dalam surah Al-Ankabut ayat 45:

" Solat itu mencegah keburukan dan kemungkaran"

Maka solat orang mukmin yang tidak sempurna atau cacat tidak mungkin berfungsi seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam ayat di atas.
Allah menegaskan:

" Neraka Wail bagi orang-orang yang bersolat tetapi mereka alpa dalam
solat mereka"-(Surah Al Maa'un, ayat 4-5)

Sebaliknya, dalam ayat lain Allah menjanjikan kemenangan kepada mukmin yang khusyuk dalam solat mereka.

Maka untuk menghayati solat sepenuhnya dan mencapai ganjaran dan fungsinya 100 peratus hendaklah setiap kali musalli berusaha mencapai KHUSYUK 100 peratus dalam ibadat penting itu.

Perbincangan dalam buku ini bertujuan untuk menarik perhatian setiap mukmin kepada masalah mencapai KHUSYUK dan kesempurnaan dalam setiap solat yang semakin sukar dicapai pada akhir zaman ini.

Semoga kita dihimpunkan oleh Allah dalam golongan orang-orang yang beroleh kemenangan dan kejayaan di dunia dan akhirat.

Buku ini ditulis oleh MUSTAFFA SUHAIMI.Harga RM6.00.Pesanan boleh dibuat kepada WJ Publishing Consultant, no 20, jalan 56 desa jaya kepong 52100 kuala lumpur.

No comments: