
Sejak bergelar Datin, Peah bukan lagi seperti Peah yang dulu. Peah kini sentiasa berpakaian cantik. Wajah bersolek.Kuku bercat. Telinga bersubang, leher berantai emas, tangan bergelang emas permata, jari bercincin intan berlian, kasut bertumit tinggi dan kepala bersanggul ala millenium. Bibir bergincu merah, pipi bersapu bedak.
Semua itu Peah lakukan untuk menyesuaikan dirinya yang kini bergelar datin. Suaminya Datuk Abu yang suruh dia jaga badan dan rupa paras.
"Awak tu kena ubah imej sikit,"kata Datuk Abu suatu hari ketika mereka berehat di anjung rumahnya.
"Seseorang yang bergelar datin mestilah sentiasa kelihatan cantik dan menawan,"ujar suaminya.
Peah sebelum ini selekeh sahaja. Tidak pernah bersolek apatah lagi mengenakan pakaian yang mahal-mahal. kalau bersolek pun dia menyapu bedak sejuk seluruh muka . Salah-salah tengok macam hantu jerangkung....demikian petikan dari cerpen Alahai Datin Peah yang terdapat dalam antologi cerpen/puisi "Rindu Seorang Ibu" karya Wahba. Buku ini cuma berharga RM10.00 dan boleh dipesan kepada WJ Publishing Consultant. Diskaun 10 %
No comments:
Post a Comment