Saturday, January 19, 2008

MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNAH



Anak adalah amanah Allah dan ia perlu dididik dengan sempurna mengikut syariat Islam sejati agar dia akan menjadi seorang Muslim yang baik di dunia dan di akhirat.

Perkahwinan boleh menambahkan zuriat terutama bagi kaum Muslim. Rasulullah saw pernah bersabda menggalakkan perkahwinan demi meramaikan zuriat.

Kegembiraan yang dirasai oleh pasangan yang dikurniakan anak wajar dikongsi oleh keluarga-keluarga yang lain terutama ibu bapa, mertua, adik beradik dan sanak saudara.

Nabi Saw pernah bersabda; "Anak adalah buat hati." (hadis riwayat tarmidzi).

Ucapan tahniah kerana mendapat orang baru sering diberikan kepada pasangan yang baru mendapat cahaya mata.

Islam mengajar kita semasa memberikan ucapan tahniah itu perlu diiringi doa bagi kesejahteraan anak yang baru lahir itu.

Doa yang sering dilafazkan ialah (mafhumnya); "Semoga Allah memberi berkat ke atas anak ini dan hendaklah engkau mensyukuri Allah semoga anak itu membesar dan kuat serta engkau mendapat ketaatannya."

Sepatutnya para ibubapa Muslim memanjatkan doa memohon keberkatan daripada Allah kepada anak yang baru lahir itu bukan hanya melafazkan ucapan tahniah dan pemberian kad atau hamper seperti yang dilakukan oleh ibu bapa bukan Islam.

Demikian sedutan dari buku "Mendidik Anak Mengikut Sunah" yang disusun oleh Wan Hamzah Awang al Haj, berharga RM14.00 yang kini sedang berada di pasaran.

Bagi pasangan yang baru mendapat cahaya mata buku ini mungkin berguna sebagai panduan dan pengajaran. Pesanan boleh dibuat kepada WJ Publishing Consultant, 20 Jalan 56, Desa Jaya,Kepong,52100 Kuala Lumpur. Diskaun 10 peratus diberikan pada setiap pesanan.

No comments: