Monday, January 21, 2008

DENDAM AMERIKA,ISRAEL TERHADAP UMAT ISLAM


SIAPA DAJJAL?

Banyaknya hadis-hadis mengenai dajjal menjadikan hadis-hadis itu bertaraf mutawatir (sah dan benar). Persamaan di antara dajjal dengan yakjuj wa makjuj ialah bahawa kedua-dua makhluk itu dikatakan akan muncul untuk merosak dan menyesatkan manusia.


Oleh itu ramai ulama mutakhir membuat kesimpulan bahawa dajjal itu tidak lain dari yakjuj wa makjuj atau kerabat kekturunan mereka.


Dalam buku ini dihuraikan maksud hadis-hadis yang menggambarkan sifat dan kelakuan dajjal itu secara terpeinci. Para ulama dahulu mentafsirkan hadis-hadis mengenai dajjal dan sifat-sifat mereka dengan tafsiran harfi atau pengertian lahir sahaja.


Misalnya, dajjal dis ifatkan mempunyai sebelah mata, iaitu sebelah kiri. Dajjal ialah suatu makhluk yang besar dan tinggi hingga lautan yang dalam itu hanya paras buku lalinya sahaja. Dajjal memberi syurga kepada sesiapa yang mematuhi suruhannya hingga akhirnya ia dianggap sebagai sebagai tuhan.


Ulama mutakhir memahami maksud hadis ini sebagi kiasan atau tamsil sahaja. Kemajuan sains dan teknologi yang dihasilkan oleh barat membuktikan bahawa apa yang diramalkan oleh hadis tentang keajaiban yang boleh dilakukan oleh dajjal sudahpun dapat dibuktikan oleh barat melalui sains dan teknologi.


Kemajuan sains dan teknologi telah membolehkan mereka terbang dari tempat ke tempat lain dengan pantas dan cepat, boleh mendengar dan melihat sesuatu di tempat yang jauh, boleh pergi ke bulan dan planet-planet lain, meneroka angkasa, mengeluarkan emas dan minyak dari perut bumi bahkan boleh menyelamatkan nyawa manusia dengan ilmu dan alat-alat moden yang mereka cipta.


Tetapi malangnya, kejayaan mereka dari segi ilmu dan peralatan telah menjadikan mereka takabur dan menolak kewujudan Tuhan dan kekuasanNya.


Angkara mereka yang nyata hari ini ialah memesongkan akidah manusia moden hingga mereka lebih percaya kudrat diri sendiri daripada kudrat Tuhan dan mendustakan agama atau syariat Allah yang dibawa oleh para nabi dan rasul.


Sikap mereka menyerupai sikap dajjal yang bermata satu dan kafir terhadap Allah yang menjadikannya..buku ini menerangkan secara jelas siapakah dajjal atau yakjuj wa makjuj yang sebenarnya. Tragedi yang menimpa Iraq, Palestin, Afghanistan, Lubnan dan lain-lain negara secara jelas boleh kita tafsirkan siapakah dajjal itu sebenarnya. Berhati-hati dan berwaspadalah wahai kaum Muslimin seluruh dunia.


Buku ini yang berharga hanya RM10.00 wajar dibaca oleh semua orang untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di dunia hari ini.

No comments: