Sunday, February 3, 2008

ROH DAN JASAD


RAHSIA PERPISAHAN ROH DAN JASAD
SUSUNAN: RAHMAN DAN AISYAH
HARGA: RM8.00


DITULIS EMPAT KALIMAH


Diterangkan di dalam hadis bahawa setelah ditiupkan roh oleh malaikat semasa berada di dalam kandungan ibunya, maka diperintahkan pula oleh Allah kepadanya supaya dituliskan empat kalimah tentang rezekinya, amalannya,umurnya,dan kesudahan ajalnya, sama ada bahagia atau celaka.


Ertinya Allah telah menetapkan baginya tentang rezeki yang akan diterimanya sama ada banyak atau sedikit, halal atau haram, payah atau mudah dan sebagainya. Demikian pula ditentukan amalan dan pekerjaannya dan akhir sekali tentang dirinya sama ada berakhir dengan baik atau buruk.


Dalam satu riwayat yang lain ada mengatakan bahawa apabila air mani telah bertempatdi dalam rahim,lalu malaikat mengambil dengan telapak tangan dan berkata; Wahai Tuhanku, adakah hendak dijadikan kejadian ini atau tidak?.
Apabila Allah menjawab tidak dijadikan; maka air mani itui dicampakkan ke dalam rahim berdarah dan tidak bernyawa. andaikata Allah mengatakan "Jadilah! maka malaikat akan berkata lagi; Adakah dia lelaki atau perempuan? Bahagia atau celakakah orangnya nanti? Berapa lamakah usianya? dan di bumi manakah tempat kematiannya? Sesudah itu Allah akan berkata; Pergilah engkau kepada Ummul Kitab (Luh al Mahfuz).
Apakah yang malaikat lakukan di Luh Mahfuz? Ingin mengetahui kisah selanjutnya bacalah buku di atas.

No comments: