Sunday, February 3, 2008

RASULULLAH SAW BERDIALOG DENGAN IBLIS


RASULULLAH SAW BERDIALOG DENGAN IBLIS
SUSUNAN: RAHMAN DAN AISYAH
HARGA: RM9.00
DIALOG NABI SAW DENGAN IBLIS
Allah swt. menyuruh malaikat berjumpa iblis dan memerintahkannya berjumpa dengan Rasulullah Saw. Tujuannya supaya iblis menceritakan kepada nabi saw. segala rahsia yang disukainya dan dibencinya. Hikmah Allah menyuruh iblis berjumpa Rasulullah kerana;
* Membesarkan ketinggian dan kedudukan Nabi Muhammad Saw.
* Untuk menjadi perisai dan peringatan kepada sekalian umat Nabi Muhammad tentang perangai iblis dan amalan yang menjadi kesukaannya.
* Supaya iblis memuliakan Nabi Muhammad Saw dan menerangkan segala rahsianya.
Selepas mendapat perintah daripada Allah, malaikat pun berjumpa iblis dan menyampaikan perintah Allah kepadanya; " Wahai iblis Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Besar memerintahkan kamu supaya pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad Saw dan kamu membukakan segala rahsia yang ada pada diri kamu serta apa-apa yang ditanya oleh Rasulullah saw hendaklah kamu jawab dengan sebenarnya. Andai kata jika engkau berdusta walau satu perkataan sekalipun nescaya akan diputuskan segala sendi-sendi anggotamu dan segala uratmu dan juga pasti nanti engkau akan diseksa dengan azab yang amat pedih..."
Apabila iblis mendengar kata-kata malaikat itu, dia berasa sangat takut. Lantas dia segera pergi berjumpa Rasulullah. Semasa iblis bertemu baginda saw, dia menyerupai seorang tua yang matanya buta sebelah, berjanggut putih sebanyak 10 helai dan panjangnya seperti ekor lembu.
Iblis memberi salam sebanyak tiga kali tetapi tidak dijawab oleh baginda. Kemudian iblis berkata; Mengapa tuan hamba tidak menjawab salam hamba. Tidakkah tuan hamba tahu,salam itu sangat mulia di sisi Allah.
Kemudian nabi saw pun menjawab.......ingin tahu dialog seterusnya antara nabi saw dan iblis silalah baca buku di atas.

No comments: